| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ramah Mesra & Berbuka Puasa Presiden CUEPACS Bersama Kakitangan Penjara Seremban

08 Julai 2014 - Presiden CUEPACS, Tn. Azih Muda bersama Jawatankuasa dan ahli-ahli CUEPACS telah hadir ke Penjara Seremban untuk menjayakan Majlis Ramah Mesra Dan Berbuka Puasa, Presiden CUEPACS Bersama Kakitangan Penjara Seremban. Majlis ini juga turut dihadiri TKPj Hj Ahmad Faudzi bin Hj Awang, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara (POA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Penjara Seremban.


Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh wakil daripada Takaful Ikhlas dan seterusnya majlis dialog bersama Tn. Azih Muda, Presiden CUEPACS yang diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Majlis diakhiri dengan solat Mahgrib, Isya dan Tarawih secara berjemaah di Surau Al Jamiah, Penjara Seremban.

 

""