| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Persidangan  3rd Asian Conference Of Correctional Facilities Architects And Planners (ACCFA) 2014

Langkawi: Jabatan Penjara Malaysia telah diberi penghormatan untuk menganjurkan persidangan kali ke 3 Asian Conference Of Correctional Facilities Architects And Planners  yang telah diadakan pada 15 hingga 19 Mac 2014 di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi.  Sebanyak 8 buah negara telah menyertai persidangan ini iaitu Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Hong Kong, Singapura , Indonesia dan Cambodia serta pertubuhan antarabangsa International Committee Red Cross (ICRC) juga terlibat dalam persidangan ini.


Seramai 30 orang delegasi luar negara  yang terdiri daripada pegawai Penjara, Jurutera dan Arkitek dan 51 orang delegasi Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.


Sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan oleh negara yang terlibat dalam persidangan kali ini.


Agenda Item 1 Current Situation and Issues of Correctional Facilities


Agenda Item 2 The Role of Architects in Designing Correctional Facilities 


Agenda Item 3 Promote International Collaboration In Designing  Correctional Facilities


Agenda Item 4 How Design And Facilities Reflect Rehabilitation Program


  Agenda 1 Agenda 2 Agenda 3 Agenda 4
Malaysia
Jepun
   
Korea Selatan
   
Thailand
Singapura
     
Hong Kong
     
Indonesia
     
Cambodia
 
 
ICRC    
 


YBhg. Dato' Haji Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional)  telah merasmikan majlis pembukaan persidangan 3rd ACCFA pada 16 Mac 2014.


Malaysia telah membentangkan keempat kertas kerja terdiri daripada:


1. TKPj Haji Mohd Zawawi bin Ab.Rahim
Agenda Item 1: Current Situation and Issues of Correctional Facilities


2. DR. Siti Aula Bt Turmidi daripada Jabatan Kerja Raya
Agenda Item 2: The Role of Architects in Designing Correctional Facilities


3. Puan Kamariah binti Mohd Noah daripada Kementerian Dalam Negeri
Agenda Item 3: Promote International Collaboration In Designing  Correctional  Facilities


4. TKPj Haji Darussalam bin Budin
Agenda Item 4: How Design And Facilities Reflect Rehabilitation Program


Para delegasi juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Koreksional Perlis sebagai sebahagian daripada acara persidangan serta  menikmati keindahan dan keunikan Kilim Geopark Forest Langkawi pada hari terakhir persidangan.


YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Menteri Dalam Negeri telah merasmikan majlis perasmian penutupan dan juga majlis makan malam 2014 yang telah diadakan  pada 19 Mac 2014 di Pool Side Akademi Koreksional Malaysia, Langakwi. Turut hadir pada majlis makan malam dan penutupan tersebut adalah Ketua Pengarah Penjara YBhg.Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan), TKPj Haji Nordin bin Haji Muhamad selaku coodinator 3rd ACCFA Conference dan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi TKPj Mohd Sabri bin Yaacob.

 

""