| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke - 224 Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo, Sarawak

6 November 2014, Sambutan Hari Penjara Malaysia Yang Ke-224 peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak telah diadakan di Dataran Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo yang turut membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat dan sijil penghargaan kepada seramai 153 kakitangan daripada Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak dan NGO's yang banyak memberikan sumbangan aktif dalam program pemulihan institusi. Aktiviti sambutan lain yang telah disusun ialah ceramah Government Services Tax (GST) yang disampaikan oleh Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Kuching. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau As-Syafiee, Penjara Puncak Borneo.

 

""