| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 03 Januari 2014 Kontinjen perarakan Kompleks Penjara Seberang Perai telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Perkarangan Padang Vision Park dan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri I. Antara susun atur majlis ialah majlis perarakan diiringi selawat bermula dari Padang Vision Park menuju ke Masjid Abdullah Fahim, Solat Dhuha, Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran,Persembahan Selawat dan Berzanji syarahan perdana "Keindahan Islam" oleh Ustaz Dr. Zahazan Mohamed, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik serta anugerah tokoh Maulidur Rasul dan Anugerah Khas Maulidur Rasul.

 

""