| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Yang Berhormat  Menteri Dalam Negeri

Pada  03 Julai 2015 bertempat di Dewan Serbaguna  Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.  Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Ketua Polis Johor serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi KDN. Majlis dihadiri seramai 1500 jemputan dimulakan dengan ucapan daripada YB Menteri Dalam Negeri. Beliau juga turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 50 orang anak-anak yatim sekitar Simpang Renggam dan penyampaian naskah Al-Quran kepada penghuni. Majlis menyaksikan penyerahan kutipan sumbangan zakat fitrah daripada penghuni sebanyak RM 880.00 kepada Majlis Agama Negeri Johor. Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Hj. Hanafiah bin Abdul Razak dari Pejabat Mufti Negeri Johor. YB Menteri Dalam Negeri meluangkan masa menunaikan Solat Tarawih bersama-sama tetamu jemputan.

 

""