| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Gong Xi Fa Chai 2015

Pada 25 Februari 2015, Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan Program Jalinan Kasih Gong Xi Fa Chai yang dikelolakan oleh Bahagian Pemulihan dan Unit Kebajikan untuk Penghuni Penjara yang berbangsa cina merayakan perayaan bersama keluarga secara bersemuka. Seramai 9 orang penghuni yang terpilih terlibat di dalam program tersebut yang merupakan antara satu mekanisme yang digunakan untuk pemulihan penghuni bagi merapatkan tali persaudaraan diantara penghuni dan keluarga.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Puncak Borneo, Kuching iaitu PKP Mohamad Rosidek Bin Musa dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah PP Nazri Bin Mohamad, pegawai-pegawai kanan, keluarga penghuni serta pihak media tempatan. Kemuncak majlis telah diserikan dengan acara tradisi wajib kaum cina iaitu "Yee Sang" yang turut disertai oleh Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Mohamad Rosidek Bin Musa.

 

""