| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Barang Keperluan Asas Kepada Kakitangan Penjara Sungai Udang

Pada 03 April 2020, Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Udang telah memberi sumbangan berjumlah RM 30,000.00 berbentuk keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan tepung kepada kakitangan Penjara Sungai Udang. Sumbangan ini bertujuan membantu dan meringankan perbelanjaan kakitangan berikutan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP). Sumbangan juga diberikan kepada kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan kakitangan Institut Koreksional Malaysia, Melaka (IKoM).