| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

 ?Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna?

Pada 5 November 2015 (Khamis)  bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak telah diadakan ceramah motivasi yang bertajuk ?Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna?. Program ini merupakan kerjasama antara Unit PPI, Penjara Puncak Borneo dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak. Seramai 66 orang penghuni lelaki dan wanita mengikuti program tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim bin Othman dari JAKIM Cawangan Sarawak turut dihadiri oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh PKP Walace anak Nawon, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

 

""