| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional  (SLDN) Zon Selatan 2015

Pada 24 Oktober 2015 (Sabtu), Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia  telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Selatan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka. Majlis ini bertujuan meraikan seramai 132 penghuni yang telah berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam pelbagai bidang.


Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri, diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato? Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. Datuk Dr Pang Chau Leong Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, YB Datuk Wira Haji Latif bin Datuk Haji Tamby Chik  ADUN Telok Mas Melaka. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah bahagian IPPM dan Pengarah-pengarah Penjara Zon Selatan. Turut diadakan sepanjang Majlis Konvokesyen ini ialah pameran peluang kerjaya yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta.

 

""