| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Hari Sukan Negara 2015  Peringkat Kompleks Penjara Kajang

Sambutan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Kompleks Penjara Kajang telah berlangsung pada 10 Oktober 2015 bertempat di Mini Stadium Maktab Penjara Malaysia.  Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik, acara berbasikal, berjalan kaki seribu langkah, pertandingan petanque, sepak raga bulat, futsal dan pertandingan bola jaring melibatkan seramai 700 orang kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang.


Program dirasmikan oleh Dato? Sri Haji Zulkifli Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.  Turut hadir Timbalan Komisioner Ibrisam  Abdul Rahman, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Darussalam Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor, Timbalan Komisioner Dato? Narander Singh, Pengarah Penjara Kajang dan Penolong Komisioner Zamiah @ Zaimah Parman, Pengarah Penjara Wanita Kajang.


Dalam ucapan Dato? Sri Haji Zulkifli Omar, menjadi harapan beliau agar Sambutan Hari Sukan Negara 2015 menjadi inisiatif di kalangan warga kerja Jabatan Penjara dalam membudayakan aktiviti sukan dalam kehidupan harian.  Tambah beliau,   warga kerja Jabatan Penjara perlu sentiasa cergas dan aktif selaras dengan tugas mereka memulihkan penghuni yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal.


Dalam pada itu, Sambutan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Penghuni di 46 buah institusi penjara termasuk Sekolah Henry Gurney, Pusat Pemulihan Akhlak dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di seluruh negara berlangsung lebih awal melibatkan kira-kira 10,000 penghuni.   Aktiviti sukan yang diadakan di kalangan penghuni antaranya pertandingan tarik tali, bowling padang, bina badan, gusti lengan, pingpong dan lain-lain aktiviti sukan.

 

""