| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Regional Convention Team Exellence Wilayah Sabah & Sarawak 2015

Pada 25-26hb Ogos 2015, Kumpulan KIK Karisma Penjara Wanita Kota Kinabalu telah dijemput oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk menyertai Konvensyen Team Exellence Wilayah Sabah & Sarawak bertempat di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Sebanyak 54 kumpulan telah menyertai konvensyen dimana 29 kumpulan adalah terdiri daripada jabatan kerajaan dan 25 daripada pihak Swasta/ Syarikat. Kumpulan ini telah mempersembahkan projek penghasilan Enzim daripada sisa buangan buah-buahan daripada catuan makanan penghuni bagi tujuan menyelesaikan masalah pembuangan sisa catuan ke dalam tong sampah. Projek ini telah diiktirafkan anugerah EMAS yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Lee Chee Leong Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 

""