| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Penghuni SHG Telok Mas Melaka

Bersempena bulan Syawal 1437H, Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Penghuni pada 1 Ogos 2016 (Isnin). Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni merasai nikmat berhari raya walaupun tidak dapat merayakan bersama keluarga seperti remaja lain. Pelbagai program diatur untuk memeriahkan suasana hari raya antaranya pertandingan nyanyian lagu raya berduet dan secara solo serta pertandingan persembahan acara terbuka iaitu sketsa dari Rumah Tun Teja dan Hang Kasturi, persembahan busking oleh Rumah Hang Tuah dan persembahan pancaragam dari Rumah Hang Lekir . Majlis diakhiri dengan penyampaiah hadiah kepada pemenang-pemenang oleh PKP Abd Rahman Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas.


""