| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Jalinan  Kasih Sempena  Hari Raya Aidil Fitri 1437H

Pada 28 Julai 2016 (Khamis), Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman   telah menganjurkan Program Jalinan  Kasih Sempena  Hari Raya Aidilfitri 1437H peringkat Penghuni Penjara yang diadakan di Perkarangan Pejabat  melibatkan seramai 08 orang penghuni yang dipilih dan 22 orang ahli keluarga penghuni. Program ini telah di sempurnakan oleh TPP Roy Anak Martin dan turut di hadiri pihak media dan semua pegawai pemulihan institusi. Program yang diadakan setiap tahun ini diadakan bagi mendekatkan hubungan penghuni dengan keluarga. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil penghuni yang telah dipilih dikalangan penghuni. Penghuni juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu sempena Hari Raya Aidilfitri didepan keluarga masing-masing dan sesi bergambar untuk penyerahan Kad Raya untuk kenang-kenangan.


""