| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Permata Hati  Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Buat julung kalinya Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Permata Hati Peringkat Penghuni pada 12 Februari 2016 (Jumaat) bertempat di Dewan Surau Blok Damai dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Seramai 120 orang penghuni terdiri dari pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Diantara pengisian program adalah ceramah "Pendidikan Seksual Dalam Kalangan Remaja"  oleh penceramah jemputan iaitu Pegawai Penerangan dari (LPPKN), Encik Mohd Zakri Bin Rihan. Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, pendedahan serta pengetahuan kepada penghuni mengenai pendidikan seksual di kalangan remaja dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi mengelakkan diri dari melakukan kesalahan jenayah yang berulang. Program ini juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan penghuni-penghuni yang bakal memulakan kehidupan baru mereka di dunia sebenar untuk berasa selamat dan tidak akan terjebak kembali dengan kehidupan lama mereka.


""