| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Pada 19 Julai 2016 jam lebih kurang 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Keselamatan & Inteligen dan Bahagian Pengurusan Banduan.

Majlis telah dimulakan dengan penyerahan dan penerimaan tugas oleh Timbalan Komisioner Osman bin Ahmad, Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen (Keselamatan) kepada YBhg. Komisioner Dato' Jamaluddin bin Saad, Pengarah Keselamatan & Inteligen yang baru.

Majlis diteruskan dengan penyerahkan dan penerimaan tugas oleh YBhg. Komisioner Dato' Jamaluddin bin Saad kepada YBhg. Dato' Mohd Sakeri bin Dollah, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional & Industri) yang menanggung kerja selaku Pengarah Pengurusan Banduan.

YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara telah menjadi saksi bagi kedua-dua serah terima tugas tersebut. Majlis telah berjalan dengan lancar disaksikan oleh Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian.


""