| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas  Pengarah Penjara Pusat Sri Aman

Pada 28 Jun 2016 (Selasa) bertempat di  Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman, Sarawak telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sri Aman diantara PKP Teyun Thian Eim dan PP Yahir bin Sait.  Majlis tersebut telah disaksikan oleh PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis dimulakan dengan  PP Yahir bin Sait menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku dan seterusnya menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa.  Seterusnya PKP Teyun Thian Eim selaku Pengarah Penjara  Pusat Sri Aman yang baru menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan kakitangan Penjara Pusat Sri Aman.


""