| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Intervensi Mengeratkan Silaturrahim ?Mencari Barakah Ramadhan?&nbsp; <br>

Pada 17 Jun 2016 (Jumaat) Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Segamat dengan kerjasama Badan Masjid Nurul Yakeen  Felda Maokil, Labis Segamat Johor telah menganjurkan Program Intervensi bersama ODP dengan mengadakan program memasak bubur lambuk. Program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan kehadiran semua kakitangan dan ODP dari Pejabat Parol Segamat. Lebih 200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada komuniti setempat seperti di masjid, surau, bank-bank, bangunanan kerajaan dan penduduk sekitar daerah Segamat. Pada sebelah petangnya pula, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta ODP bersama keluarga di Pejabat Parol Segamat. Program bermula seawal jam 5.30 petang dengan bacaan yassin yang di pimpin oleh ODP Noor Azuwan Bin Tahir . Program berbuka puasa diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, KIP Sulaiman B. Mohamed Juah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada ODP dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan dan ODP.


""