| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Perayaan Hari Wesak Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu Bersama BLIA Association Sabah & Federal Territory Of Labuan 2016

Pada 16 Mei 2016 (Isnin), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Wesak Penghuni yang turut dihadiri oleh En. Teoh Boon Ah dan En. Chin Yew Choy sebagai penceramah daripada BLIA (Association Sabah & Federal Terrtory Of Labuan). Majlis diserikan dengan kehadiran PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan TPP Jomison Gondikit, Ketua Seksyen Pengurusan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 16 orang penghuni terlibat dalam program tersebut dan ini merupakan program pertama kali diadakan di Penjara Pusat Kota Kinabalu bagi meraikan penghuni yang beragama Buddha yang sedang menjalani hukuman di dalam penjara. Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut Agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha. Majlis selesai pada jam 11.00 pagi.


""