| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Ihtifal  Kesenian Islam Kali Ke-7 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Tahun 2017

Pada 11-13 April 2017, Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Majlis Ihtifal  Kesenian Islam Kali Ke-7 Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Tahun 2017. Majlis tersebut melibatkan seramai 56 orang penghuni daripada seluruh Penjara Negeri Sarawak. Antara pertandingan yang diadakan adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan Tahap I, II & III, Nasyid serta Marhaban. Majlis yang bertemakan "Taubat Seorang Hamba" bertujuan untuk memberi keinsafan serta kesedaran kepada penghuni di atas kekhilafan yang pernah dilakukan sebelum ini. Penghayatan terhadap tema ini juga merupakan salah satu inisiatif berterusan jabatan penjara dalam usaha pemulihan kepada semua  penghuni.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran TKP Ajidin Bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, wakil jabatan kerajaan Sarawak. Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian penutup oleh TKP Ajidin Bin Salleh dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah kepada hakim dan para pemenang.


""