| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 227 Peringkat Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur

Penjara Kajang telah diberi mandat bagi mengelolakan Sambutan Hari Penjara Ke 227 peringkat Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur Tahun 2017 yang diadakan pada 20 Mac 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang bertemakan Peneraju Perkhidmatan Korektif yang telah disempurnakan oleh  YBrs TKP Haji Darussalam bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah-Pengarah Penjara dan Parol Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Majlis telah dimulai dengan penganugerahan pingat jabatan seperti berikut :

Bil
Institusi
Jumlah
1
Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur
32
2
Penjara Kajang
71
3
Penjara Sg Buloh
49
4
Penjara Wanita Kajang
45
5
Pusat Koreksional Puncak Alam
8
6
Maktab Penjara Malaysia
23

Majlis diteruskan  dengan perutusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang disampaikan oleh YBrs TKP Haji Darussalam bin Haji Budin sempena Hari Penjara Kali Ke 227.

Antara pengisian program bagi sambutan kali ini adalah sesi ceramah bertajuk ?Organisasi dan Pengurusan Stress? yang disampaikan oleh Encik Muhammd Izuddin bin Ghazali, Pegawai Psikologi Kanan Penjara Kajang, Program Derma Darah hasil kerjasama daripada Pusat Darah Negara Malaysia. Pada sebelah petangnya diadakan Senamrobik manakala majlis Doa Selamat dan solat berjemaah bertempat di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang.

Pada 1 April 2017 ( Sabtu ) telah diadakan Gotong Royong Perdana Peringkat Kompleks Penjara Kajang disekitar perumahan kediaman kakitangan.


""