| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Forum Kecelaruan Seksual Menurut Perspektif Psikologi Dan Islam

Pada 13 Disember 2017 (Rabu), Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Forum Kecelaruan Seksual Menurut Perspektif Psikologi dan Islam. Program ini yang bertemakan Seks dan Kesihatan mental ?Jauhi Budaya Seks Songsang? dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada banduan tentang keburukan seks songsang seperti Homoseksual dan Liwat yang boleh meruntuhkan moral dan institusi kekeluargaan. Seramai 195 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Forum ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Fairulnizam Bin Mazilan sebagai Moderator, Pegawai Psikologi sebagai Panel 1 iaitu En.Mohamad Mawardi Bin Mazuan dan Ustaz Muhammad Afiq Bin Exrimah sebagai Panel 2. Majlis turut dihadiri oleh PP Harun Bin Awang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting dan KIP Mohd Nazree Bin Abd Malik, Ketua Unit Pemulihan. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.


""