| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pemeriksaan Dari Pegawai Penguatkuasa Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Melaka Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 30.11.2017 ( Khamis ) satu pemeriksaan dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Melaka telah dilakukan oleh 12 Pegawai Penguatkuasa kesihatan dari 4 unit iaitu Unit Kawalan Vektor , Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Unit Kawalan Mutu Makanan dan Unit Kawalan Persekitaran. Unit tersebut telah memeriksa seluruh kawasan didalam penjara yang meliputi kawasan kebun dan kawasan dalam blok penempatan penjara, kawasan penyediaan makanan (Dapur, Pastri dan Kantin),  termasuk bilik penempatan banduan. Tujuan pemeriksa tersebut bagi memastikan tahap kesihatan, kebersihan dan permakanan dalam tahap yang terbaik bagi mengurangkan kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan. Ia juga merupakan rutin pemeriksaan dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Melaka yang dilakukan setiap 3 bulan sekali ke Penjara Sungai Udang, Melaka.


""