| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Penjara Marang Terengganu

27hb. November 2017 (Isnin) - Bertempat diDewan Dato? Ibrahim Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat kakitangan Penjara Marang Terengganu bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu. Bagi memberkati majlis pada kali ini, susunatur majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Kahirul Hisyam serta ucapan alu-aluan oleh PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu. Seterusnya taklimat berkenaan Integriti dan Rasuah oleh Penolong Pesuruhjaya Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu. Turut serta dalam majlis IBR adalah pegawai kanan dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu. Majlis diteruskan lagi dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh TPP Norimi bin Ibrahim@Nor, Timbalan Penguasa Penjara bersama 190 kakitangan Penjara Marang Terengganu disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Tn. Zainal bin Ayop dan PKK Mohamad bin Ismail. Mengakhiri majlis adalah dengan menandatangani dokumen IBR telah disempurnakan oleh PKK Mohamad bin Ismail, Penjara Marang Terengganu dengan disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Tn. Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu.


""