| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Zon Timur, K.U.D & Pembangunan Masyarakat 2017

Pada 23 hingga 26 November 2017, bertempat di Dataran Bentong, Pahang telah berlangsung Pameran dan Jualan Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Zon Timur , Karnival Usahawan Desa ( KUD ) dan Pembangunan Masyarakat 2017  yang dikelolakan oleh Penjara Bentong, Pahang. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama penuh daripada Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Bentong serta beberapa agensi lain seperti MARA, LPPKN, MOA, Bank Rakyat, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Majlis Perbandaran Bentong dan agensi kerajaan yang lain. Beberapa program telah dilaksanakan sepanjang tempoh penganjuran Infokraf tersebut dan telah mendapat sokongan daripada YB Dato? Sri Liow Tiong Lai ? Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong, YH Dato? Roslin binti Hj Abdul Rahman ? Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Bentong, YH Dato? Mohd Sakeri bin Hj Dollah ? Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan ( Seksyen Vokasional & Industri ), YH Dato? Ab Basir bin Mohamad ? Pengarah Penjara Negeri Pahang dan YH Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain ? Pengarah Penjara Bentong.  Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YH Dato Azhar bin Arshad pada 26 November 2017 yang turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Negeri dan Institusi Zon Timur.


""