| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas  Pengarah Penjara Tawau

Pada 17 Januari 2017 (Isnin), Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas  Pengarah Penjara Tawau diantara TKP Jamil Razif bin Kassim dan PKK Faisal bin Mohamed Noor yang  disaksikan oleh TKP Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah / W.P Labuan. Turut hadir dalam majlis tersebut En. Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Ketua-ketua Institusi Penjara Sabah.

Majlis dimulakan dengan TKP Jamil Razif bin Kassim menerima tabik hormat dan pemeriksaan kawalan suku dan seterusnya upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Tawau kepada PKK Faisal bin Mohamed Noor. Seterusnya, PKK Faisal bin Mohamed Noor, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku selaku Pengarah Penjara Tawau yang baru.


""