| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Apresiasi Peringkat Penjara Negeri Johor 2017 <br>

Pada 18 Januari 2017 (Rabu) bertempat di The Legends Golf & Country Resort, Sedenak Johor telah berlangsung majlis Majlis Anugerah Apresiasi Peringkat Penjara Negeri Johor 2017 anjuran oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor untuk memberi pengiktirafan kepada semua warga jabatan yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.

Sebanyak 7 kategori yang dipertandingkan, iaitu :
1)    Anugerah Balai Pengawal  Terbaik
2)    Anugerah Tempat Lawatan / Kaunter Terbaik
3)    Anugerah Galeri Terbaik
4)    Anugerah Atlit Negeri Johor
5)    Anugerah Pengurusan Aset Terbaik
6)    Anugerah Pekerja Cemerlang
7)    Anugerah Kualiti

Majlis dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Hj. Abd Wahab bin Kassim dan Timbalan Pengarah Penjara Negeri iaitu PKK Raha binti Jawahir. Jemputan terdiri daripada Ketua Institusi Negeri Johor, Pegawai Kanan / Anggota / Kakitangan jabatan.

Dalam majlis tersebut, Pengarah Penjara Negeri Johor telah menyampaikan Sijil Cemerlang Auditan EKSA oleh MAMPU kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor dan juga kepada PPD Batu Pahat, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bharu.


""