| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih  Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Penjara Tawau

Program Jalinan Kasih  sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni Penjara Tawau telah diadakan pada 13 Julai 2017 (Khamis)  bertempat di perkarangan Dataran Insaf Penjara Tawau. Majlis ini telah dirasmikan oleh PKK Faisal Bin Mohamed Noor, Pengarah Penjara Tawau. Majlis ini melibatkan 12 orang penghuni dan dihadiri oleh 36 orang ahli keluarga penghuni. Majlis dimulakan dengan  ucapan daripada Pengarah Penjara Tawau, seterusnya jamuan makan, ramah mesra penghuni bersama ahli keluarga dan  diakhiri dengan sesi bergambar. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan busking daripada penghuni.


""