| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri  Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah Tahun  2017

16 Julai 2017, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni bagi tahun 2017. Seramai 20  orang penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Sungai Petani. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan, penghuni dan  ramah mesra Pengarah dengan keluarga penghuni. Majlis juga turut diadakan cabutan bertuah kepada keluarga dan penghuni terlibat yang disediakan oleh Lypo Metal Sdn. Bhd.  Turut hadir dalam majlis tersebut PP Mohd Nizar b. Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, TPP Kamarul Efzan b. Johori, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen, En. Tan Yew Guan, Pengurus Pemasaran Lypo Metal Sdn. Bhd., Kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan, tetamu jemputan serta pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.


""