| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni  Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2017

Pada 19 Julai 2017(Rabu) bersamaan 25 Syawal 1438H (Rabu), bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi TPP Dahlan bin Hashim, Timbalan Penguasa Penjara Bahagian Pemulihan dan Rawatan.Seramai (24) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan  kelak.


""