| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Iftar Ramadan Peringkat Kakitangan Penjara Sandakan Bersama YB Datuk Hj. Shamsudin Bin  Yahya, Adun N.43 Sekong

Pada 22 Jun 2017 (Khamis) telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Kakitangan Penjara Sandakan bertempat di perkarangan Masjid As-Syakirin Penjara Sandakan. Objektif program adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhwah antara kakitangan penjara serta menjalin kolaborasi dengan pemimpin setempat dan agensi kerajaan yang lain. Tetamu kehormat majlis adalah YB Mejar (K) Datuk Hj. Shamsudin bin Yahya, Adun N.43 Sekong. Turut hadir PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan, PP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Sabah / W.P Labuan dan kakitangan Penjara Sandakan. Dalam Majlis tersebut YB Datuk Hj. Shamsudin bin Yahya diiringi PKP Zulkifli bin Abdul Manah telah menyampaikan sumbangan peribadi, sumbangan daripada Penjara dan sumbangan daripada Ahli Lembaga Hakim Pelawat kepada 23 orang anak-anak yatim dari sekolah Pondok Nur Ehsan Batu 7 Sandakan dan saguhati kepada peserta tadarus Al-Quran. Dalam majlis tersebut juga YB Datuk Shamsudin  telah berbesar hati menyumbang wang tunai sebanyak RM1,000.00 kepada Masjid As-syakirin dan 2 buah khemah gerai kepada Penjara Sandakan.


""