| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa  Bersama Kakitangan dan Keluarga Peringkat Penjara Negari Sabah

Pada 15 Jun 2017, Institusi Penjara Tawau yang diketuai PKK Tuan Faisal Bin Mohammed Noor telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa  Bersama Kakitangan dan Keluarga Peringkat Penjara Negari Sabah yang bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan. Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP. Labuan TKP. Haji Suria Bin Haji Idris turut hadir bagi memeriahkan majlis ini serta Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut diundang pada majlis ini ialah Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Sabah, Lembaga Hakim Pelawat.

Majlis ini dimulakan dengan khatam Al-Quran seramai 30 orang anak-anak kakitangan Penjara Tawau, dan seterusnya Tazkirah Ramadan  yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak Bin Hassan yang bertugas di SMK Titingan Tawau. Pada majlis ini juga, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP.Labuan  telah bersama-sama dengan kakitangan  yang lain untuk berbuka puasa dan melaksanakan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.  Dalam majlis ini juga diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada 30 orang pelajar-pelajar KAFA daerah Tawau dan disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP.Labuan  dan Pengrah Penjara Tawau.


""