| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Pengarah  Penjara Negeri Sarawak Bersama Kakitangan Dan Keluarga Penjara Pusat Sri Aman 2017

Pada 1 Jun 2016, Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pengarah  Penjara Negeri Sarawak Bersama Kakitangan Dan Keluarga Penjara Pusat Sri Aman yang bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman. Majlis itu telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh bersama keluarga. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Penjara Pusat Sri Aman umumnya dan Pengarah Penjara  Negeri  Sarawak khasnya.

Majlis ini dimulakan dengan majlis bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Jamaludin Bin Affendi , Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Pada majlis ini juga, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah bersama ? sama dengan kakitangan  yang lain untuk berbuka puasa dan melaksanakan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.  Dalam majlis ini juga Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Penjara Pusat Sri Aman.


""