| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-227 Peringkat  Penjara Limbang

Sambutan Hari Penjara ke-227 Peringkat Penjara Limbang telah diadakan pada 20 Mac 2017 (Isnin) yang telah disempurnakan oleh PP Hamad Bin Seman, Timbalan Pengarah Penjara Limbang dan turut dihadiri oleh 20 pegawai kanan dan 80 pegawai lain-lain pangkat. Majlis ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, dan Bakti Setia diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada 39 penerima. Selesai perhimpunan, aturcara diteruskan dengan lawatan kebajikan ke rumah pesara penjara, Encik Ukau Chang pada jam 10.00 pagi. Pada sebelah petang pula, telah diadakan aktiviti sukaneka melibatkan kakitangan dan keluarga serta perlawanan persahabatan Bola Sepak dengan Jabatan Kastam Limbang.  Pada sebelah malam telah diadakan Majlis Tahlil di Surau Asma?ul Husna Penjara Limbang yang dihadiri oleh kakitangan dan keluarga.


""