| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gaya Hidup Sihat Penjara Taiping

Pada 20 Mei 2017 (Sabtu) Program Gaya Hidup Sihat Warga Penjara Taiping telah diadakan dengan mendaki Bukit Larut Taiping, Perak melibatkan anggota dan keluarga seramai 150 orang termasuk ahli-ahli PERSIAP institusi Penjara Taiping. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan senamrobik di Kaki Bukit Larut. Majlis tersebut telah turut disertai oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Program ini dianjurkan oleh Penjara Taiping bagi merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan serta keluarga selain menerapkan gaya hidup yang sihat melalui program kecergasan. Program ini berakhir pada jam 11.00 pagi.
""