| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Hari Sukan Dan Sambutan Hari Guru  Peringkat Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu 2017

Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu telah mengadakan Hari Sukan pada 15 dan 16 Mei 2017. Majlis Penutupan Sukan telah dilaksanakan pada 16 Mei 2017 dan disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Guru. Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan sepanjang sambutan Hari Sukan dan melibatkan 34 orang pelajar secara keseluruhan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Lontar Peluru, Lompat Jauh, Futsal dan lain-lain. Rumah Merah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pada sambutan Hari Sukan tahun ini. Pada majlis sambutan Hari Guru, para guru telah memilih tema Kalau Aku Bukan Guru. Semua guru termasuk para pegawai penjara memakai kostum pelbagai pekerjaan untuk memenuhi tema yang dipilih. Sambutan Hari Guru juga dimeriahkan dengan bacaan ikrar hari guru, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan persembahan tarian oleh guru-guru sekolah. Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah dan ucapan perasmian penutupan oleh Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Lim Kim Mooi. Secara keseluruhan, gandingan kedua-dua majlis ini dilaksanakan dengan penuh meriah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.


""