| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Makan Malam ?Sekalung Budi Segunung Bakti? sempena persaraan dan pertukaran Pegawai Kanan Penjara Taiping

Pada 27 April 2017 ( Khamis ) jam 9.00 malam bertempat di Hotel Taiping Perdana telah diadakan Majlis Makan Malam ?Sekalung Budi Segunung Bakti? sempena persaraan dan pertukaran Pegawai Kanan Penjara Taiping. Majlis ini telah dihadiri oleh PKK Charin Promwichit , Pengarah Penjara Taiping bersama isteri Pn. Ooi Yok Hui, Pengerusi PERSIAP Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa serta khidmat bakti yang dicurahkan kepada Penjara Taiping dan khususnya kepada Jabatan Penjara Malaysia. Antara pegawai yang bersara yang diraikan adalah PPP Husni bin Hussain, KIP Idris bin Shmsudin, SI Saaidun bin Sharif, SJN 5719 Muhammad Ghazali bin Mat Amin, SJN 5609 Mohd Nadzri bin Jaafar. Bagi Pegawai yang bertukar adalah KIP Akhirrudin bin Yaacob, SI Rusli bin Ismail, SM Jahni bin Wan Chek. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada wakil yang bersara dan bertukar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan hadiah daripada Mess Pegawai Kanan dan Kelab Sukan yang disampaikan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping dan penyampaian hadiah sumbangan PERSIAP disampaikan oleh Pn. Ooi Yok Hui, Pengerusi PERSIAP Penjara Taiping.
""