| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Penghuni Wanita Kompleks Penjara Seberang Perai 2017

Pada 23 November 2017 ( Khamis ) berlangsungya Program Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Penghuni Wanita Kompleks Penjara Seberang Perai bagi Tahun 2017 di perkarangan padang kawad PPI (Wanita). Program dimulakan dengan persembahan penghuni wanita daripada Kumpulan Seri Kemboja yang menggabungkan irama drumline dan tarian kebudayaan zapin. Acara diteruskan dengan Pertandingan Kawad Kaki yang melibatkan (2) Kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan terdiri daripada banduan sabitan dan reman yang berbilang bangsa.

PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi bersama PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim, TPP Liza bt Ahmad turut hadir bagi memberi sokongan dan dorongan dalam pertandingan.  Juri yang telah dilantik adalah SI Abdul Aziz bin Jaafar dan WP 14958 Mohd Yusof@Mohd Hanim bin Yakub.

Komitmen dan kerjasama oleh setiap ahli kumpulan, mampu membina keyakinan diri dalam menjayakan acara ini. Selain itu sokongan daripada semua pihak juga memberi dorongan dalam menjayakan setiap program pemulihan yang dilaksanakan.


""