| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kumpulan KIK Walid, Penjara Dusun Dato? Murad Menjadi Johan Pada Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017

16 November 2017 (Khamis) : Pasukan KIK Walid, Penjara Dusun Dato? Murad telah menjadi johan kategori Sektor Awam (Persekutuan) pada Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Konvensyen selama tiga hari itu telah diadakan di Genting International Convention Centre (GICC), Genting Highland. Trofi dan hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi MPC yang mewakili YB Dato? Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri pada Majlis Perasmian Penutupan konvensyen tersebut. Dengan kemenangan tersebut, Kumpulan KIK Walid telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang dijangka berlangsung pada bulan Januari 2018 di Singapura/Palembang/Dubai.


""