| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Emergency Respond Team Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

Pada 22 dan 23 November 2017 (Rabu dan Khamis) Unit Latihan  Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Kursus Emergency Respond Team bersama Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) serta kerjasama bersama anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan. Kursus ini melibatkan anggota UKP dan anggota pasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba Daerah Jelebu. Objektif kursus ini adalah memberi pengetahuan tentang aspek keselamatan kebakaran ditempat kerja dan memahami tugas dan tanggungjawab individu kepada jabatan dalam aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran. Agenda kursus pada 22 November 2017 dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai aspek keselamatan kebakaran oleh PPgB Mohd Fazil bin Mohd Yunus dan dibantu oleh PBK II Mohd Zakri bin Abd Razak. Pada 23 November 2017 Latihan Simulasi Pengungsian Bangunan yang melibatkan anggota Emergency Respond Team dari UKP dan anggota bomba. Turut serta dalam latihan ini bersama Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu PKP Muhamad Asri bin Sabu.


""