| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Penjara Reman Pulau Pinang

12 NOVEMBER 2017, jam 7.00 pagi, Perhimpunan Bulanan diadakan di Dataran Kawad Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris dan seterusnya bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh PP Mohd Suhairi bin Awang, Timbalan Pengarah, Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat  2 anggota Pegawai Kanan untuk pengesahan jawatan Inspektor Penjara dan 12 orang pegawai rendah koperal TBBK ke Koperal Hakiki. Majlis pemakaian pangkat ini disempurnakan oleh PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Selesai majlis perhimpunan bulanan, PP Mohd Suhairi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan disaksikan PKP Tey Hock Soon. Pada jam 3.00 petang, acara diteruskan dengan aktiviti gotong royong di kuarters Penjara Reman Pulau Pinang.


""