| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program ?Generasiku Sayang? Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

20 November 2017- Muzium Penjara Malaysia bersama-sama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak dan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak telah mengadakan ?Program Generasiku Sayang? yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar daripada 14 buah sekolah menengah sekitar Daerah Tangkak. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membendung gejala salah laku jenayah dikalangan remaja dan selain itu program ini turut menekankan aspek keruntuhan moral yang melibatkan kes-kes gejala hamil luar nikah dikalangan remaja. Program ini telah dirasmikan oleh Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan turut disaksikan oleh Puan Ropiah Binti Mohamed Pen.Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak serta rombongan-rombongan yang hadir. Diharap dengan pelancaran program seperti ini dapat memberikan info yang berguna kepada masyarakat luar seterusnya dapat menjadikan Muzium Penjara Malaysia sebagai tempat rujukan,tempat memperkenalkan aktiviti-aktiviti serta produk jabatan dan juga sebagai tempat penyampaian maklumat.


""