| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Projek Kuarters Kakitangan (Rafflesia) Pusat Koreksional Bintulu

Pada 21 November 2017 (Selasa), telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Kuarters Kakitangan (Rafflesia) Pusat Koreksional Bintulu yang mula dibina pada 25 November 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 18 Ogos 2017. Kuarters ini terbahagi kepada dua iaitu 1 unit banglo kuarters kelas C, dan 1 blok kuarters kelas F (5 tingkat) yang menempatkan 20 unit rumah. Susun atur majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan pendahuluan daripada Pengarah Urusan Saras Bumi Sdn. Bhd., Encik Achin Wilson Injau, iaitu kontraktor yang bertanggunggjawab terhadap projek ini, ucapan daripada Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek, Cawangan Kerja Keselamatan, Ir. Haji Tuan Mood Bin Tuan Deraman, dan ucapan daripada Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Ajidin Bin Haji Salleh. Majlis diteruskan lagi dengan sesi pembentangan keseluruhan projek daripada Arkitek Wong Kah Ong selaku Arkitek Konsultan dari Arkitek Sinar Bina. Kemuncak majlis ialah sesi menandatangani dokumen penyerahan projek dan replika kunci kuarters daripada pihak kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya, disusuli Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri, dan akhir sekali daripada Kementerian Dalam Negeri kepada Jabatan Penjara Malaysia. Akhir sekali ialah sesi penyerahan Permit Menduduki (OP) daripada Jabatan Kerja Raya kepada Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Aturcara terakhir ialah penyampaian cenderahati, lawatan ke rumah contoh, dan sesi bergambar. Majlis tamat pada jam 12.30 tengah hari.


""