| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ucapan Aluan Y. Bhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Sempena Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Bertempat Di Dewan Kelab Penjara Kajang Pada 26 September 2017

Bismillahiramanirahim
Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis
Yang Berhormat Dato? Masir Kujat
Timbalan Menteri Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato? Sri Alwi Bin Haji Ibrahim
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan
Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan Dan Koreksional)
 
Yang Berbahagia  Dato' Jamaluddin bin Saad
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan)

Yang Berbahagia Dato' Wan Ramli bin Wan Abdullah
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pengarah-Pengarah Penjara Negeri

Pengarah-Pengarah Institusi Penjara

Pegawai-Pegawai Kanan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

1.    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata?ala kerana di atas limpah rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama hadir diMajlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah pada hari yang berbahagia ini.

2.    Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato? Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berbahagia Dato? Sri Alwi Bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Yang Berbahagia Dato' Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor yang telah sudi bersama-sama kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dato Sri dan Dato? amat bermakna kepada seluruh warga Jabatan Penjara di dalam usaha kami memperkasakan bidang kepenjaraan yang berteraskan integriti.

Yang Berhormat, Dato Sri, Dato-Dato serta hadirin yang saya hormati sekalian,

3.    Jabatan Penjara menyambut baik program ini dan kesungguhan Yang Berhormat Timbalan Menteri turut serta dan hadir dalam menyokong pembenterasan gejala rasuah dan salah laku dikalangan penjawat awam di agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri amatlah di sanjungi.

4.    Kami berasa sangat bertuah kerana telah diberi peluang untuk menzahirkan penyataan dan komitmen bagi mendukung prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah di Malaysia serta akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa hingga ke akar umbi.

5.    Jabatan Penjara Malaysia optimis memerangi rasuah dan meletakkan nilai integriti sebagai perkara utama dalam memastikan urus tadbir kepenjaraan yang berkesan serta memacu kecemerlangan organisasi ini. Saya melihat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini sebagai titik permulaan kerjasama erat antara Jabatan Penjara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa di kalangan warga kerja Jabatan Penjara.

6.    Selain itu, Jabatan Penjara Malaysia turut menyediakan Pelan Integriti Jabatan Penjara Malaysia (PIPEN) 2015-2020 dalam usaha memantapkan etika dan integriti semua lapisan pegawai dan kakitangan di Jabatan Penjara Malaysia. Pelaksanaan PIPEN daripada akar umbi hingga ke peringkat tertinggi merupakan suatu gerakan yang bersifat holistik dari bawah ke atas dan atas ke peringkat bawah. PIPEN juga sebagai panduan dan bimbingan dalam aspek pengurusan integriti jabatan dalam memastikan gerakan pemantapan integriti berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sekaligus menyediakan perkhidmatan yang memenuhi aspirasai pelanggan dan stakeholder.


7.    Pelan Strategik Jabatan Penjara Malaysia 2015-2020 dalam teras strategik perkhidmatan koreksional menekankan langkah memperkasakan pengurusan integriti jabatan melalui aktiviti pemantauan, pendidikan kesedaran, naziran serta tindakan punitif dalam menambahbaikan sistem tadbir urus Jabatan. Pelbagai aktiviti pengukuhan tadbir integriti yang telah dijalankan diperingkat institusi dan negeri dalam bentuk taklimat, ceramah dan penerapan nilai-nilai murni bagi memastikan warga Jabatan Penjara yang berintegriti unggul.

8.    Sebagai sebuah organisasi penahanan dan pemulihan sudah tentulah jabatan ini sentiasa memerlukan teguran membina dan nasihat daripada pengurusan tertinggi Kementerian dalam pelbagai aspek termasuklah membenteras rasuah dan salah guna kuasa. Dalam tindakan ini, Jabatan Penjara bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM agar gejala rasuah di jabatan ini dapat dibendung seterusnya memastikan usaha yang dilakukan dapat memberi impak dan perubahan pada masa hadapan.

9.    Sesungguhnya prinsip integriti dan akauntabiliti amat penting dan perlu dihayati serta dijadikan budaya dan amalan oleh segenap lapisan warga Jabatan Penjara. Saya mengambil kesempatan ini melafazkan sokongan yang padu terhadap ?inisiatif IBR? ini dan berharap agar seluruh warga Jabatan Penjara turut memberikan kerjasama dalam usaha murni ini dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pemantapan budaya integriti di negara ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

""