| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Amanat Pengarah Kepada Calon SPM 2017 SHG Telok Mas

Majlis Amanat Pengarah kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM 2017 telah diadakan pada 2 November 2017 bertempat di Dewan Parameswara. Seramai 70 orang penghuni akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. PKP Abd Rahman Bin Taib Pengarah SHG Telok Mas Melaka dalam amanatnya telah memberikan penekanan terhadap kepentingan peperiksaan ini serta mengingatkan semua calon supaya menghadapi dengan tenang, menjawab dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Beliau juga mendoakan kejayaan semua calon yang akan menghadapi peperiksaan bermula 6 November 2017. Turut hadir menjayakan majlis ini TPP Yusni Bin Habibullah ,En. Othman Bin Markom Ketua Unit Akademik serta semua guru-guru Akademik.


""