| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang Tahun 2017

Pada 08 November 2017 (Selasa) Unit Pemulihan dan Rawatan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang  telah  mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Penghuni bertempat di Kantin Pegawai, Penjara Reman Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh PP Mohd Suhairi Bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang diiringi TPP Mahyuddin Bin Awang, Timbalan Penguasa Penjara. Seramai (7) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa  dan anak-anak penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan  kelak.


""