| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 09hb November 2017 (Khamis) - Bertempat di Padang Bola Sepak Gemilang, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu yang melibatkan penyertaan 360 banduan mewakili 24 pasukan zon penempatan masing-masing. Pertandingan ini bermula 23hb hingga 09hb November 2017 yang dikendalikan oleh Unit PPI. Pada perlawanan akhir ini yang berlangsung pada jam 0845 pagi diantara Zon Damai dan Zon Aman A dengan keputusan 0-0 dan diakhiri dengan sepakan penalti dengan jaringan 5-4. Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh TPP Richard Robin, Ketua Unit Penerimaan dan Layanan Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Keputusan Pertandingan :

Johan : Zon Damai, Naib Johan : Zon Aman A, Ketiga : Zon Bakti, Keempat : Zon Ehsan.

Pemain Terbaik : Zon Aman, Penjaring Terbanyak : Zon Bakti, Penjaga Gol Terbaik : Zon Damai.


""