| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Modul Keluarga Sakinah Negeri Selangor ? Akidah Sejahtera Keluarga Teperlihara ? Anjuran Bersama Bahagian Undang ? Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor

Program Modul Keluarga Sakinah Negeri Selangor ? Akidah Sejahtera Keluarga Teperlihara ? Anjuran Bersama Bahagian Undang ? Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor telah diadakan pada hari Rabu, 11 Oktober 2017 di Dewan Perindu, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian ialah ceramah agama bertajuk ? Cinta Pertama ? yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Timbalan YDP, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan forum bertajuk ? Terpesongkah Akidahku ?. Panel yang yang dijemput ialah Ustaz Yusof Bin Masran, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Abdul Malek Bin Ramli, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor dan Puan Hazlina Binti Abd Razak, Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah, Selangor (DARWAH). Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Hafizzudin Bin Kadir, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang ? Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Program ini dihadiri seramai 100 orang anggota dan kakitangan daripada Penjara Sungai Buloh, Jabatan Agama Islam Selangor, PERSIAP Penjara Sungai Buloh, Maktab Penjara Malaysia, Penjara Wanita Kajang, Pusat Koreksional Puncak Alam dan agensi ? agensi kerajaan sekitar Sungai Buloh.


""