| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Hari Deepavali Peringkat Banduan Penjara Bentong 2017

SELASA, 31 Oktober 2017, Unit Pemulihan Penjara Bentong telah Berjaya mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali Peringkat Penjara Bentong. Seramai 20 orang banduan dan membabitkan seramai 40 ahli keluarga telah menyertai program ini. Program telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran TKP Dato? Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong dan beberapa wakil NGO Agama Hindu.

Majlis bermula dengan Ucapan alu-aluan oleh En. Vella, Pengajar Agama Hindu di Penjara Bentong. Diteruskan dengan ucapan Perasmian oleh Pengarah Penjara Bentong dan diteruskan dengan jamuan makan. Majlis diteruskan dengan ramah mesra pengarah dan VIP bersama banduan serta keluarga. Majlis berakhir dengan acara salam dan lambaian kasih.


""