| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Program Temuseru Parol Dan Perkhidmatan Dan Komuniti Negeri Sarawak Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 16 Oktober 2017 (Ahad), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Temuseru Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak bertempat di Dewan Rumah Dayak, Jalan Saratok, Sarawak. Program telah dirasmikan oleh YB Tan Sri William Mawan Anak Ikom, Ahli Parlimen Seratok Merangkap Pengerusi Lembaga Lada Malaysia dan turut  dihadiri oleh TKP Yasuhimi bin Yusof Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi, (30) Pegawai dan Kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak serta (370) jemputan diantaranya Ketua-ketua Kaum, Kapitan, Penghulu-Penghulu, Tuai Rumah , NGO-NGO dan Agensi Kerajaan di sekitar Daerah Betong dan Saratok.

Susun atur sambutan program  dimulakan dengan Sesi Forum dan Soal Jawab yang bertajuk ?BERI PELUANG KEDUA? oleh TKP Yasuhimi bin Yusof, Timbalan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, berikutnya bagi Panel 2, PKK Mohamad Rosidek Bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan juga oleh Modretor PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri  Sarawak. Disamping itu,  tayangan Montaj  Perasmian Program Temuseru serta Gimik Perasmian turut dimainkan. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum Masyarakat di sekitar Daerah Saratok yang telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak turut disempurnakan pada hari tersebut.


""