| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan Dan Penghuni Penjara Pusat Miri Tahun 2017

Pada 14 Oktober 2017 yang lepas institusi ini telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara yang melibatkan seramai 110 orang kakitangan serta keluarga. Program dimulakan dengan acara senamrobik pada sebelah pagi dan diikuti dengan pertandingan futsal wanita. Pada sebelah petang pula diadakan futsal lelaki, diikuti badminton serta sukaneka untuk anak-anak kakitangan. Program tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh, Pengarah Penjara Pusat Miri dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sambutan Hari Sukan Negara peringkat penghuni yang melibatkan seramai 60 orang penghuni telah diadakan pada 14 Oktober 2017 melibatkan acara senamrobik dan diikuti pertandingan futsal dan ping pong antara penghuni zon penempatan banduan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan serta penghuni tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi membentuk amalan gaya hidup yang sihat disamping dapat memupuk sikap kerjasama dalam pasukan.


""